Hobi Gua & Rakan-Rakan

Saturday, March 17, 2012

Kasut Kelopak Jantung

“Kasut sekolah tak pakai, baju sukan tak bawa! Apa nak jadi dengan kamu ini?” leter Cikgu Harun setelah melihat Ahmad hanya diam membantu. Mahu sahaja dipukul budak itu sekuat hati. Namun, kesabaran masih tersisa dalam jiwanya.
“Saya dah tak tajan dengan kamu. Hari ini saya nak denda kamu!” kata Cikgu Harun. Dia segera bangun dan mencari sesuatu. Dia ke tepi pagar sekolah. Barangkali mahu mencari ranting pokok di tepi pagar. Jika ada ranting itu, punggung Ahmad akan disebatnya kuat-kuat, fikirnya. Ilmu psikologi yang dipelajarinya di maktab dahulu tidak boleh dipakai ketika berdepan dengan budak seperti itu. Begitu pula fikir Cikgu Harun. Ahmad tetap tercegat dan terkebil-kebil, menanti hukuman guru yang berasal dari bandar itu.
Tiba-tiba Cikgu Harun terpandang rumpun pisang merimbun di tepi pagar sekolah. Beberapa tandan pisang berjuntai-juntai di celah-celah rumpun pisang itu. Di bawahnya bertaburan kelopak jantung yang gugur. Besar-besar dan berwarna merah hati. Cikgu Harun memungut kelopak jantung itu lalu kembali ke tempat Ahmad sedang berdiri. Seperti menanti hukuman gurunya.
“Pergi cari tali!” arah Cikgu Harun kepada Ahmad. Murid itu tidak berkata apa-apa. Dia terus beredar ke arah kantin sekolah. Sebentar kemudian dia kembali dengan seutas tali rafia berwarna merah.
“Kamu pakai benda ini. Ikat elok-elok!” Cikgu Harun memberikan perintah. Jarinya dituding tepat ke arah kelopak jantung pisang. Ahmad memandang kosong ke wajah Cikgu Harun seperti mahu meminta simpati.
“Cepat!” jerkah Cikgu Harun apabila melihat Ahmad masih tercegat. Kali ini Ahmad tidak membantah. Dia mencangkung dengan sebelah kaki dihulurkan ke depan. Kelopak jantung diacukan ke tapak kakinya yang comot. Kemudian, tali rafia dilalukan di bawah tapak kakinya. Kelopak jantung pisang itu kemudian diikat kemas-kemas, melekap sendat pada kaki kematu Ahmad. Selepas sebelah, sebelah lagi dipasangkan, seperti memakai kasut sekolah.
“Jangan buka-buka kasut ini selagi kamu tidak beli kasut baru!” Cikgu Harun memberikan amaran. Ada sedikit perasaan lucu di dalam hati Cikgu Harun melihat anak murid yang tidak dikenali latar belakang itu. Kadang-kadang dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul. Dia tidak pernah membantah kata-kata guru. Katalah apa sahaja, dia tetap patuh tanpa banyak soal. Jauh sekali ponteng sekolah. Walaupun berkaki ayam, Ahmad tidak pernah ponteng. Itulah kelebihan Ahmad. Kegigihannya memang ketara. Cikgu Harun turut menyedarinya.
Antologi Kelopak Jantung hlmn 81-82
1 Mengapakah Cikgu Harun menyuruh Ahmad memakai kasut yang dibuat daripada kelopak jantung?
A kerana Ahmad gagal memakai uniform sekolah yang lengkap
B kerana Ahmad kerap ponteng sekolah
C kerana Ahmad sengaja melanggar disiplin sekolah
D kerana Ahmad membantah arahan yang diberikan oleh Cikgu Harun

2 Cikgu harun berasa lucu apabila melihat Ahmad mengenakan kasut daripada kelopak jantung itu kerana....
A melihat bentuk kasut kelopok pisang itu yang sangat hodoh.
B Ahmad tercegat dan terkebil-kebil.
C sikap Ahmad lurus bendul.
D gaya Ahmad yang bersahaja ketika mengenakan kasut kelopok jantung itu.

3.Yang berikut merupakan latar tempat dalam peristiwa di atas, kecuali...
A di kantin
B di tepi pagar sekolah
C di padang
D di bilik guru

4.Berdasarkan petikan di atas, nilai yang terdapat pada diri Ahmad ialah...
A taat
B cekal
C baik hati
D bertanggunjawab

5.Apakah peleraian cerpen Kasut Kelopok Jantung ?
A Ahmad menyindir Cikgu Harun dengan membelikan sepasang kasut untuk beliau.
B Ahmad menghargai jasa Cikgu Harun dengan menghadiahi beliau kasut pada setiap sambutan Hari Guru.
C Ahamad telah menjadi usahawan yang berjaya kerana beliau banyak menananm pokok pisang.
D Ahmad akhirnya telah menjadi anak angkat kepada Cikgu Harun.

Saturday, December 31, 2011

Harapan 2012

Bertekad dalam diri untuk meningkatkan kemampuan diri dan keluar daripada zon selesa untuk menyahut cabaran baru merupakan misi utama 2012. Aku mesti berani berubah. Berubah untuk kebaikan diri sendiri, bangsa, agama dan negara. Semoga penghijrahan ke tempat bertugas yang baharu akan memberikan suntikan moral dan motivasi tinggi. Selamat Tinggal SM Teknik Johor Bahru.

Tuesday, October 18, 2011

DG44 dalam genggaman


Syukur kepada Allah s.w.t kerana menganugerahkan rezeki DG44 mulai 2hb Januari 2011. Motivasi untuk bekerja kuat lagi. Tq Allah

Thursday, October 6, 2011

Bangunan Parlimen telan RM520 JUTA untuk renovate?

RM520 Juta itulah belanja untuk renovate bangunan parlimen Malaysia?!!! Berapa orang agaknya yang akan menjadi jutawan segera? Kalau buat sekolah atau repair jalan kampung gua lg banyak faedah. Ntahlah...RM520 JUTA ( gua ada la sumbang RM520.00 setahun)

Monday, August 22, 2011